PROFIL
GLOBAL DIGNITY SDN BHD (GDSB) ditubuhkan pada tahun 2002 merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera (100%) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) kelas C. Diterajui oleh Pengarah Urusan, Datuk Ir. Hj Rahmat Hj Yusof dan Datin Hjh Rosnah Hj Ismail.
GDSB digerakkan oleh tenaga kerja yang terdiri daripada ahli perniagaan, jurutera, akauntan dan ahli pengurusan yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuklah pengurusan peniagaan, perancangan, rekabentuk, pembinaan, perundingan, teknikal dan pertanian.
Untuk menjadi salah sebuah syarikat yang maju dan berdaya saing, GDSB mengambil inisiatif secara efektif untuk memastikan segala perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggannya adalah yang terbaik, berkualiti tinggi dan dilaksanakan dalam tempoh yang diberikan / dipersetujui.
KHIDMAT KAMI
Perunding (Consultant)
Penasihat Syarikat, Rekabentuk Pengurusan Kilang, Keselamatan & Kesihatan, Menganjurkan kursus-kursus kepada usahawan, Kejuruteraan Awam & Struktur dan Kejuruteraan Mekanikal & Elektrik.
Kejuruteraan (Engineering)
Pembinaan Kejuruteraan Awam seperti bangunan, masjid, kilang, jalan, culvert, sistem perparitan. Kerja penyelenggaraan bangunan, jalanraya, kilang. Kerja fabrikasi mekanikal kilang, jentera dan mesin. Membekal alat ganti kenderaan, jentera dan kilang. Membekal bahan kimia untuk sistem rawatan air dan industri.
Pertanian (Agriculture)
Membeli dan menjual buah kelapa sawit. Memasarkan minyak sawit dan isirong. Membekal baja dan input pertanian. Ternakan komersial seperti kambing, ayam organik, ikan keli, lembu. Pembukaan ladang baru.
Industri Makanan (Food & Beverage)
Pengendalian kantin Maktab Perguruan IPG Durian Daun selama 3 tahun. Pejualan Makanan secara atas talian (Cash On Delivery) selama 2 tahun. Mempunyai chef terlatih yang berpengalaman dari Industri hotel. Membekal bahan makan kepada dapur-dapur masakan sekitar Melaka.
Perkhidmatan Dobi (Laundry)
Kontrak tempahan tetap dari hotel, hospital, sekolah berasrama. Membekal peralatan dan bahan cucian dobi. Membekal Washer,Dryer, flat iron, boiler. Menawarkan perkhidmatan selenggaraan mesin dobi. Nasihat dan design kedai dobi baru.
Lembaga Pengarah
Ahli Lembaga Pengarah
Datuk Ir. Hj. Rahmat Bin Hj. Yusof
Managing Director/Chief Technical Consultant
Datin Hjh. Rosnah Binti Hj. Ismail
Director
Drs. Abdul Aiman Akmal bin Rahmat
Director/ Safety & Health Consultant
Perunding Syarikat
Hj. Aliasak Bin Hj. Ambia
Agriculture Consultant
Dato’ Ir. Hj. Abdul Aziz Bin Hj. Abdullah
Technical Consultant (Electrical)
Wan Ismail Bin Wan Hamat
Management & Motivation Business Consultant
Zuhaimee Bin Mahadi
Finance & Business Consultant
Abdul Aziz Bin Hj. Rahmat
Techical Consultant (Civil)
Aiman Zaqwan bin Azman
Executive Chef/Food & Beverage Consultant
Pengurusan Syarikat
Wan Nor Izalin Binti Wan Ismail
Pegawai Tadbir/ Jurutera
Nurul Kamilah Binti Rahmat
Pembantu Pegawai Tadbir & Operasi
Abdul Rashid Bin Hj. Rahmat
Pegawai Pemasaran